BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, April 24, 2010

MENTAATI PEMERINTAH/PEMIMPIN ADALAH SIKAP PARA AHLUS SUNNAH

Pada era ini, banyak sekali wujud kelompok-kelompok kecil yang mendakwakan diri sebagai pejuang Islam yang sebenar. Yang mana, setiap satunya mendakwakan bahawa kelompok merekalah yang benar dalam perjuangan menegakkan agama yang suci ini (Islam).

Namun, amat dikesalkan apabila kebanyakan daripada kelompk-kelompok ini bertindak meninggalkan golongan pemerintah dan pemimpin mereka. Pemerintah dan pemimpin di sini adalah difokuskan kepada pemerintah/pentadbi r sesebuah negara.

Kelompok-kelompok ini sering melakukan banyak tindakan tertentu yang mana pada hakikatnya tidak wajar dilakukan oleh mereka yang mencintai Islam yang haq yang berada di atas manhaj/jalan kebenaran. Kebanyakan mereka meninggalkan tuntutan dan suruhan Allah serta Rasulullah dalam urusan mentaati pemerintah dan penguasa. Mereka meninggalkan hal urusan menasihati pemerintah/pemimpin melalui jalan yang ma�ruf. Mereka bertindak menjauhi para penguasa negara, lalu membiarkan para penguasa berada dalam keadaan terumbang-ambing dan jahil dalam informasi/hal- ehwal agama. Malah lebih teruk/malang lagi apabila mereka menjadi kelompok yang begitu kuat dan lantang dalam hal menetang pemerintah. Yang mana sehingga mereka sanggup memburuk-burukkan organisasi pentabiran negara mereka sendiri, dan bertindak menyebarkan �aib pemerintahan negara kepada khalayak ramai/rakyat. Yang mana, sebenarnya tindakan seperti ini hanya akan mendatangkan natijah/akibat yang lebih buruk lagi apabila kesalahan/kelompang an kerajaan didedahkan kepada khalayak umum. Ia akan menjadikan pelbagai pihak dari kalangan musuh-musuh Islam/negara tertentu akan mengambil peluang/kesempatan untuk mengganggu gugat urusan negara lalu menjadikan negara mengalami banyak ancaman dan kesukaran dalam banyak skop. Lalu akan menimbulkan lebih banyak lagi krisis yang buruk dalam hal-ehwal pemerintahan.

Sebenarnya, rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan sesebuah kepimpinan dalam sesebuah negara hanya akan menghilangkan keyakinan terhadap pemerintah itu sendiri. Sedangkan jika diteliti dan dicermati dengan neraca as-Sunnah, hal mentaati pemerintah hendaklah dengan penuh keikhlasan, hikmah, dan bijaksana, dan bukanlah kerana ada tujuan atau ada niat sesuatu yang lain, apatah lagi dengan melakukan tindakan-tindakan tertentu yang kebanyakannya bertunjangkan emosi/kemarahan sebagai dasar. Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda:

�Dari Abu Hurairah radiallahu �anhu berkata: Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda: Tiga golongan yang tidak diajak berbicara oleh Allah pada Hari Kiamat dan tidak dilihatnya serta tidak diakuinya, bahkan bagi mereka siksa yang sangat pedih iaitu:

Pertama: Seseorang yang mempunyai air melimpah di tengah padang pasir dan tidak mahu memberi minum kepada seorang ibnu sabil yang kehausan.

Kedua: Seseorang menjual jualannya kepada orang lain setelah waktu Asar, kemudian bersumpah dengan nama Allah dan mengatakan bahawa dia pasti akan mengambilnya dengan harga sekian. Lalu dia (pembeli) percaya sahaja, padahal kenyataannya tidaklah demikian.

Ketiga: seseorang membuat janji setia kepada pemimpin kerana tujuan duniawi semata, bila diberi sesuatu dia menepati janji setianya, tetapi jika tidak diberi, maka dia pun ingkar (mengkhianati) pada janji setianya (kerana tidak puas hati)�. (Hadis Riwayat Bukhari, 13/201 dan Muslim, 1/103)

Dalam setiap pemerintahan, termasuk pemerintahan Islam pasti ada pengkhianat dan musuh, sama ada musuh dari dalam atau dari luar. Adapun musuh dari dalam adalah musuh dalam selimut, iaitu mereka yang didalangi oleh golongan pengkhianat dan pemberontak. Golongan seperti ini terkenal dengan sikap mereka yang sentiasa berusaha mencari ruang untuk memenuhi kepentingan kumpulannya walaupun boleh menghancurkan agama, negara dan ummah demi mencapai tujuan yang tidak sewajarnya iaitu menjatuhkan pemerintah dan pemimpin Islam.

Menentang musuh-musuh Islam adalah wajib, cara yang efisien ialah melalui rakyat yang mencintai pemimpin mereka. Namun, rakyat tidak mungkin taat, menghormati, mencintai, bekerjasama dan melindungi pemimpin Islam kecuali ditarbiyah oleh para ulama melalui manhaj dan bimbingan yang sempurna, iaitu menasihati rakyat dengan al-Quran, al-Hadis, atsar para sahabat, fatwa-fatwa para ulama terdahulu serta melalui nasihat para ulama muktabar yang banyak terdapat di dalam kitab-kitab turath/terdahulu/ terawal.

Menurut ahlus sunnah wal-Jama�ah umat Islam sentiasa diwajibkan bersatu dan sentiasa komitmen dan komited mematuhi kepimpinan seorang pemimpin (penguasa) Islam. Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda:

�Barangsiapa melepaskan ketaatan dari pemimpin, dia akan berjumpa dengan Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai hujjah (alasan)�. (Hadis Riwayat Muslim. Kitabul Imarah, syarah Nawawi 12/240)

Tiap-Tiap orang yang berkhidmat akan diberi bendera pada hari kiamat, lalu dikatakan padanya bahawa inilah pengkhianatan si Fulan (terhadap pemimpin)�. (H/R Muslim dan Turmizi)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah:

�Dalam hadis ini ada kewajipan untuk taat kepada penguasa atau pemimpin yang telah diangkat, dan dilarang memberontak kepadanya walaupun dia zalim serta sewenang-wenangnya dalam melaksanakan ketetapan hukum, kerana kefasikan pemimpin bukan sesuatu yang membolehkan untuk memberontak kepadanya�. (Fathul Bari jld. 13 hlm. 68)

Syeikhul Islam Ibn Taimiyah rahimahullah berkata:

�Taat kepada Allah dan Rasul-Nya wajib bagi setiap Muslim, taat kepada penguasa merupakan penguat ketaatan kepada Allah. Barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan ketaatan kepada penguasanya, pahalanya dijamin oleh Allah. Tetapi kalau taat kepada penguasa dalam hal-hal yang menguntungkan sahaja, bila diberi hal yang memenuhi kepentingannya ia taat dan sebaliknnya jika tidak diberi dia tidak akan taat, orang yang seperti itu pada hari akhirat tidak punya bahagian (pahala)�. (Majmu� al-Fatawa. 35/16-17. Ibnu Taimiyah)

Nabi Muhammad sallallahu �alaihi wa-sallam mengajar umatnya agar sentiasa memuliakan penguasa, pemerintah atau pemimpin. Baginda bersabda:

�Barangsiapa yang memuliakan penguasa (kerana) Allah (di atas bumi), maka Allah akan memuliakannya pada Hari Kiamat�. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Asim dalam as-Sunnah. Hlm. 275)

Imam Abul Wafa Ibnu Aqil al-Hambali pernah dikutuk (dicela) kerana mencium tangan penguasa (pemimpin) ketika bersalaman. Kemudian beliau menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian:

�Bagaimana pendapatmu bila aku bersalaman dengan ayahku kemudian aku mencium tangannya, apakah yang demikian itu salah ataukah menjatuhkan kedudukannya? Mereka menjawab tidak salah! Beliau berkata lagi: Seseorang ayah telah mendidik anaknya secara khusus sedangkan penguasa telah mendidik rakyat secara umum, maka dia lebih berhak untuk dihormati�. (Badi�ul Fawaid. Ibnu Qaiyim)

Pendirian dan sikap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang sebenar menyatakan wajibnya taat kepada pemimpin, penguasa dan mereka yang menguruskan urusan kaum Muslimin. Haram mengkhianati mereka terutamanya dalam urusan zakat, jihad, memerangai kesesatan dan kekufuran. Wajib bersolat di belakang mereka dan di belakang orang-orang yang menjadi wakilnya di masjid-masjid yang telah disediakan oleh penguasa Islam. Amat keji perbuatan mereka yang menjadi pengacau, seperti menghasut rakyat untuk mengkhianati pemerintah dalam hal-hal yang telah disebutkan di atas.

Malahan, kita sebenarnya sebagai seorang muslim yang sebenar yang mana berdiri di atas manhaj ahlus sunnah wal-Jama�ah, adalah wajib untuk bersama-sama di dalam jam�ah pemerintah samaada di ketika susah, sukar, mahupun senang.

Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam telah memberi peringatan bahawa keluar dari jamaah, kepimpinan atau pemerintah Islam, melakukan penentangan terhadapnya dan bergabung dengan pihak-pihak tertentu bagi tujuan menjatuhkan pemerintah/penguasa adalah suatu bentuk perbuatan yang mengundang pelbagai perpecahan yang mana akan membawa kepada ancaman neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah s.a.w.:

�Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kamu dari ahlu kitab telah berpecah belah menjadi 72 golongan. Dan sesungguhnya agama ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi 73 golongan, 72 golongan tempatnya di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu al-Jama�ah.� (Hadis Riwayat Abu Duad, Ahmad, ad-Darimi, al-Ajury, al-Lalikaiy. Disahihkan oleh al-Hakim, dan disepakati oleh Imam Az-Zhahabi)

Dalam riwayat yang lain disebutkan; �Semua golongan tersebut tempatnya di Neraka kecuali satu (iaitu) yang aku dan para sahabatku meniti di atasnya.� (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, dinilai Hasan oleh al-Albani)

Ketika Rasulullah memberitahukan bahawa umat ini akan terpecah menjadi 73 golongan yang kesemuanya di neraka, kecuali satu golongan. Baginda Rasulullah ditanya tentang perihal siapa yang satu itu..., lalu baginda Rasulullah s.a.w. menjawab;

�Mereka adalah orang yang berada di atas ajaran yang sama dengan ajaranku pada hari ini, dan para sahabatku.� (Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut Sheikh Soleh al-Fauzan di dalam Kitab Tauhid-nya (التوحيد للصف الاول العالي), �kebenaran sabda baginda Rasulullah s.a.w. tersebut telah terbukti ketika sebahagian manusia membangunkan aqidah dan manhaj mereka di atas selain kitab Allah dan sunnah yang sahih, iaitu dengan mengambil landasan ilmu kalam (mantiq dan aqal) yang diwarisi daripada falsafah Yunani dan Romawi. Maka atas sebab itulah, terjadinya pelbagai penyimpangan dan perpecahan dalam hal aqidah yang mana seterusnya mengakibatkan pecahnya umat dan retaknya masyarakat Islam kepada pelbagai jenis firqah dan manhaj beragama yang berbeza-beza.�

Oleh itu, marilah kita kembali semula merujuk kepada al-Qur�an dan as-Sunnah dengan method/manhaj yang benar dalam segala urusan kehidupan kita termasuklah dalam hal-ehwal urusan perhubungan terhadap pemerintah/penguasa .

Sabda Rasulullah di dalam hadis yang lain;

�Sesungguhnya sesiapa yang hidup selepasku akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kalian berpegang kepada sunnahku dan sunnah al-Khulafa al-Rasyidin al-Mahdiyyin (mendapat petunjuk). Berpeganglah dengannya dan gigitlah ia dengan geraham. Jauhilah kamu perkara-perkara yang diada-adakan (dalam agama) kerana setiap yang diada-adakan itu adalah bid�ah dan setiap bid�ah adalah sesat. (Diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Tirmizi, berkata al-Tirmizi: �Hadis ini hasan sahih�. Juga diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Darimi dalam kitab Sunan mereka. Demikian juga oleh Ibn Hibban dalam Shahihnya dan al-Hakim dalam al-Mustadrak dengan menyatakan: �Hadith ini sahih�. Ini dipersetujui oleh al-Imam al-Zahabi (Tahqiq al-Mustadrak, 1/288))

Allah mengharamkan orang-orang yang beriman berpecah dari pemerintahan Islam, kerana pemerintah dianggap sebagai pengikat jamaah Islamiyah. Allah s.w.t. berfirman:

�Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai� . (Ali Imran 3:103)

Imam Al-Qurtubi rahimahullah telah menafsirkan dalam kitab tafsirnya tentang penafsiran �Tali Allah� dengan �Al-Quran� atau �Jamaah�. (al-Jami� Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub) Kemudian beliau menegaskan:

�Sesungguhnya perpecahan hanya akan membawa kepada kehancuran, sedangkan jamaah akan menghantar kepada keselamatan. Semoga Allah merahmati Ibnu Mubarak yang telah menjelaskan: Sesungguhnya jamaah adalah Tali Allah, maka berpegang teguhlah dengannya�. (Al-Jami� Li Ahkamil Quran. 4/159. Daarul Qutub)

Berkata Ibnu Abi Hatim rahimahullah:

�Ayahku menceritakan kepadaku, Amr bin Ali as-Shairafi telah menceritakan bahawa Abdul Rabbuh bin Bariq al-Hanafi telah menceritakan bahawa Simak bin Al-Walid al-Hanafi berjumpa Ibn Abbas di Madinah lalu berkata kepadanya:

Bagaimana cara menghadapi penguasa (pemerintah) yang telah menzalimi kita, mencela dan merampas sedekah kita, bukankah kita harus mencegah mereka? Ibnu Abbas menjawab: Jangan! Biarkanlah mereka wahai Hanafi! Lalu beliau menambah: Wahai Hanafi! Hendaklah bersama al-Jamaah (pemimpin Islam/penguasa) , hendaklah kamu jaga persatuan (jamaah) sebab hancurnya umat dahulu kerana perpecahan (berlepas dari pemimpin atau penguasa), apakah kamu tidak mendengar firman Allah Subhanahu wa-Ta�ala: Dan berpeganglah kamu kepada tali (agama/jamaah) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai� . (Tafsir Ibnu Abi Hatim 2/455. Tahqiq Dr. Hikmat Basyir Sayuti. (2). Lihat: Ad-Darul Mansur 2/285-286. Darul Fikr)

Imam at-Tabari rahimahullah menafsirkan:

�Sesungguhnya Allah tidak menyukai perpecahan. Dia telah menjelaskan kepadamu, memperingatkan dari berpecah dan melarang dengan tegas�. (Jami�ul Bayan �An Ta�wili Ayi al-Quran. 4/322)

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata:

�Tali Allah telah ditafsirkan dengan beberapa tafsiran, antaranya ialah kitab Allah, agama Allah, Islam, ikhlas, perintah Allah, janji Allah, taat kepada-Nya serta taat kepada jamaah (pemerintah)� . (Minhajus Sunnah an-Nabawiyah 5/134 Jamiatul Imam Saudi Arabia)

Ayat al-Quran, hadis-hadis sahih, tafsiran ayat dan fatwa para ulama terdahulu yang dibawakan di atas ini menunjukkan bahawa perpecahan adalah perbuatan yang mungkar dan malah boleh dianggap sebagai bid�ah iaitu perkara yang diada-adakan dalam agama yang mana kebanyakan kelompok yang menyelisihi pemerintah kerapkali berhujjah dengan mengambil slogan atas nama Islam. Bid�ah pula jelas merupakan perbuatan yang mendorong ke arah kesesatan dan pelakunya diancam dengan neraka sebagaimana sabda baginda Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam:

"Berhati-hatilah kamu dengan hal yang baru (yang sengaja diada-adakan) dalam agama, sesungguhnya setiap yang diada-adakan itu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ah itu sesat dan setiap yang sesat itu ke neraka". (H/R Ahmad (1653). Turmizi (2600). Abu Daud (3991). As-Sunnan Ibn Majah (42). Dan hadis riwayat Muslim dalam Khutbatul Hajah)

Salah satu punca kehancuran sesuatu umat adalah bermula daripada angkara tidak mentaati pemimpin mereka dan berpecah dari kelompok pemerintah. Ia juga menjadi penyebab kekufuran dan salah satu dari perbuatan bid'ah yang menakutkan kerana pada hakikatnya secara umum �Setiap bid�ah adalah sesat�. (Hadis dari Irbadh bin Sariyah diriwayatkan oleh Muslim dalam �Khutbatul Hajah� dan Turmizi) Dan �Bid'ah merupakan jambatan menuju kekufuran. Kerana bid�ah juga adalah kegemaran Iblis sebagaimana dijelaskan oleh Ibnu Ja'ad rahimahullah:

"Bid'ah itu lebih digemari (dicintai) oleh iblis daripada maksiat, kerana (pelaku) maksiat masih ada menaruh harapan untuk bertaubat dari maksiatnya. Adapun pelaku bid'ah pula tidak dapat diharapkan untuk bertaubat". (Atsar ini diriwayatkan oleh Ibn Ja'ad dalam musnadnya No. 1885)

Menurut Imam As-Syatibi, pada umumnya setiap bid�ah amat buruk dan keji. Selanjutnya beliau berkata:

"Tidaklah diragukan lagi bahawa bid'ah itu terhitung dalam perbuatan maksiat". (الاعتصام Jld. 2. Hlm. 60. As-Syatibi)

Mereka yang berpecah (bercerai-berai) , keluar dari pemerintah atau penguasa Islam adalah mengingkari perintah Allah dan Rasul-Nya. Allah mengancam mereka melalui firmanNya:

"Maka awaslah orang-orang yang menyalahi perintahnya (Rasulullah) bahawa mereka akan ditimpakan fitnah atau ditimpa oleh siksa yang pedih". (an-Nur, 24:63)

Allah Subhanahu wa-Ta�ala berfirman:

�Hai orang-orang yang beriman! Taatilah Allah dan Taatilah Rasul-(Nya), dan pemimpin antara kamu�. (an-Nisa� 4:59)

Baginda Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam diutus semata-mata untuk ditaati sebagaimana firman Allah:

"Dan tidak Kami utus seorang Rasul melainkan untuk ditaati dengan seizin Allah". (an-Nisa, 4:64)

Julukan mubtadi� (مُبْتَدِعٌ) "Pelaku, Aktivis atau Pembuat Bid'ah� diberikan kepada sesiapa sahaja yang melakukan bid�ah dengan sedar. Antara bid'ah yang menjadi punca fitnah yang paling besar ialah perbuatan memecah-belahkan jamaah dan kesatuan umat, iaitu dengan mengajak umat meninggalkan ketaatan kepada pemimpin Islam. Rasulullah telah memberi peringatan tentang hal ini dengan sabdanya:

"Barangsiapa yang melihat pada amirnya (pemimpinnya) suatu yang dibencinya hendaklah dia tetap bersabar atasnya. Sesungguhnya tidaklah seseorang itu keluar dari (mentaati) pemerintahnya walau sejengkal kemudian ia mati dalam keadaan tersebut, maka matinya itu mati dalam keadaan jahiliyah". (Hadis Riwayat Muslim. Lihat: Sunan Abi 'Asim. No. 1101)

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Sesiapa yang meninggalkan ketaatan kepada (pemerintah Islam) dan meninggalkan jamaah (keluar dari mentaati pemerintah), kemudian ia mati, maka matinya adalah kematian jahiliyah". (مجموع الفتوى jld. 35. Ibn Taimiyah)

Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan dari Suwaid bin Ghaflah, dia berkata:

Umar bin al-Khattab radiallahu �anhu berkata kepadaku: Hai Abu Umaiyah! Sesungguhnya saya tidak tahu apakah saya akan berjumpa lagi dengan anda selepas tahun ini. Bila kamu diperintah oleh seorang hamba Habsyi yang terpotong telinganya, maka dengar dan taatilah dia, walaupun dia memukulmu dan bersabarlah. Apabila dia mengharamkan sesuatu kepadamu dan hendak mengurangi agama kamu, maka bersabarlah lalu katakan!: Saya dengar dan saya taat dalam urusan darahku, bukan dalam urusan agamaku. Janganlah kamu berpisah dari jamaah�. (Al-Musannaf 12/544. Lihat: as-Sunnah hlm. 111. Lihat: asy-Syariah hlm. 40 oleh Al-Ajuri. Dan lihat: Al-Amwal 1/76. Ibnu Zanjawiyah)

Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda:

"Bertakwalah kamu sekalian kepada Allah, dan telah diwajibkan kepada kamu mendengar dan taat walaupun (dipimpin) oleh seorang hamba Habsyi". (Hadis sahih riwayat Abu Daud)

"Dari Abi Zar radiallahu 'anhu: Sesungguhnya kekasihku (Rasulullah) berwasiat kepadaku agar aku mendengar dan mentaati (pemimpin), sekalipun ia seorang hamba sahya. (Di riwayat yang lain) sekalipun seorang hamba sahya dari Habsyah". (Mutaffaq 'alaihi)

�Sesungguhnya orang yang mendengar lalu taat (kepada pemimpin), dia tidak diminta memberi alasan (di akhirat). Sesungguhnya orang yang mendengar lalu menentang (pemimpinnya) , dia tidak mempunyai alasan (di akhirat)�. (As-Sunnah hadis riwayat Abi Asim dan juga dari Adi bin Hatim. Lihat: Musnad Imam Ahmad 4/9. Majmu�uz Zawaid 5/271)

Ibnu Masoud radiallahu �anhu dalam khutbahnya menjelaskan:

�Wajib bagi kamu untuk sentiasa taat dan beristiqamah dengan jamaah, kerana itulah tali Allah yang kita diperintahkan untuk berpegang teguh dengannya�. (Muamalatul Hukkam fi-Dhauli al-Kitab was-Sunnah. Cetakan Kelima. 1996M-1417H. Abdus Salam bin Barjis bin Nasir Ali Abdul Karim. Saudi Arabia. Riyad)

Dari Adi Bin Hatim radiallahu �anhu: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Kami tidak menanyakan kepadamu tentang taat kepada pemimpin yang bertaqwa, tetapi tentang orang yang berbuat demikian dan demikian (kezaliman atau melakukan yang keji). Maka Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam menjawab: Bertaqwalah kamu kepada Allah dan dengar serta taatlah (kepada pemimpin)�. (Zilalul Jannah fi Takhrijus Sunnah 2/508. al-Albani menyatakan hadis ini adalah hadis yang sahih. Lihat: as-Sunnah Ibnu Abi Asim)

Adapun dalil-dalil dari hadis tentang wajibnya taat kepada pemimpin selain dalil-dalil yang lalu ialah:

�Barangsiapa taat kepada penguasaku maka dia telah taat kepadaku. Barangsiapa yang bermaksiat kepada penguasaku, maka dia telah bermaksiat kepadaku�. (Muttafaq �Alaihi. Dari jalur Abu Hurairah. Lihat: al-Muzakkir wat-Tazkir waz-Zikra. Hlm. 42-43. Ibnu Abu Asim)

Imam Bukhari telah mengkhususkan satu bab tentang hadis ini dalam pembahasan al-Ahkam dari kitab sahihnya, iaitu bab firman Allah yang bermaksuad: �Taatilah Allah dan Rasulnya serta Ulil Amri antara kamu�.

Berkata al-Hafiz Ibn Hajar rahimahullah:

�Di dalam hadis ini disebutkan tentang wajibnya mentaati para pemimpin, tetapi ia terbatas dalam hal-hal yang bukan maksiat�. Dan lafaz dari Muslim:

�Kecuali apabila kamu melihat bahawa pemimpin itu telah kafir secara terang-terangan dengan bukti (kenyataan dalil) dari Allah�. (Sahih Muslim 3/1470)

Taatilah seruan Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam dalam sabda baginda:

�Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam menyeru kami (agar patuh dan taat), maka kami pun membaiatnya, dan baginda meminta dari kami adalah: Agar kami membaiatnya atas dasar mendengar dan taat dalam suka maupun duka, dalam keadaan susah ataupun senang dan dalam keadaan tidak kita sukai atau kita suka serta supaya kita tidak merampas kekuasaan dari ahlinya. Kemudian baginda bersabda: Kecuali kamu melihat kekafiran yang telah nyata oleh kamu dengan pembuktian dari Allah Ta�ala (dalil dari al-Quran yang membuktikan kekafirannya)� . (Syarah Muslim. Kitabul Imarah, bab Wujubu at-Taah al-Umara fi Ghairi Masiyah wa-Tahrimuha fi al-Masiyah. Oleh Imam Nawawi. H/R Muslim)

Para ulama ahlus sunnah wal-jama�ah mewajibkan taat kepada para pemimpin Islam dan bersatu di bawah kepimpinan mereka selagi mereka tidak menyatakan (mengiklankan) secara terang-terangan kekafirannya di khalayak ramai. Atau selagi tidak ada pembuktian melalui ukuran (penilaian) dari al-Quran atau as-Sunnah yang membuktikan ia telah benar-benar kafir. Dalam hal ini telah berkata Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad asy-Syihhy:

�Sesungguhnya akidah kami sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap hukama (para pemimpin Islam negara) kami, bahawa kita tidak boleh keluar dari ketaatan kepada mereka, walaupun pada mereka terdapat kezaliman, kepalsuan (pembohongan) kefasikan dan tidak berlaku adil. Kami wajib taat selagi mereka tidak mengumumkan secara terang-terangan di khalayak ramai bahawa mereka tidak menghendaki dan tidak menyukai syariat Allah Ta�ala, kami wajib taat selagi mereka tidak kafir terhadap Allah dengan kekafiran yang dapat dibuktikannya dengan jelas melalui petunjuk dari Allah Ta�ala dan dalil dari kitab dan sunnah. Maka jika seandainya mereka berbuat demikian, bolehlah untuk keluar dari ketaatan terhadap mereka denga syarat yang kedua, iaitu kita memiliki kemampuan dan kekuasaan untuk menggulingkan mereka, tanpa mengakibatkan kerosakan yang lebih parah dari yang pertama. Kalau tidak demikian, kami Ahli Sunnah wal-Jamaah bekerjasama dengan pemimpin Islam dengan doa dan nasihat kepada mereka dengan cara hikmah, penuh bijaksana dan nasihat yang baik, tidak dengan revolusi dan pemberontakan� . (Hiwar Hadi Ma� Ikhwani. Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Seterusnya beliau berkata:

�Dan kita taat kepada mereka dalam suka ataupun duka, kecuali dalam kemaksiatan, maka tidak ada ketaatan kepada mereka. Maka kami pun memberi peringatan kepada orang yang keluar dari ketaatan terhadap mereka dari kalangan kaum muslimin�. (Hiwar Hadi Ma� Ikhwani. Hlm. 30. Abi Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Asy-Syihhy, Cetakan Pertama. 1415H-1995M)

Perpecahan adalah dianggap sebagai sebahagian dari perbuatan bid�ah yang diharamkan oleh syara�. Sehingga orang yang menyebabkan perpecahan diperintahkan agar dibunuh sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam:

�Sesungguhnya suatu ketika nanti akan terjadi Hanat dan Hanat**. Barangsiapa yang ingin memecah-belahkan barisan umat ini (kaum Muslimin) sedangkan dalam keadaan kukuh (satu jamaah). Maka bunuhlah siapapun dia�. (Hadis Riwayat Muslim 3/1478/1480)

** (Yang dimaksudkan �Hanat dan Hanat� di dalam hadis ini ialah: �Fitnah dan bid�ah�. Lihat: Syarah Muslim oleh Nawawi 12/241)

Hanat mempunyai makna yang banyak, tetapi dimaksudkan di hadis ini ialah fitnah dan bid�ah. (Hadis Riwayat Muslim 3/1478/1480) . Maksudnya ialah fitnah yang muncul silih berganti di muka bumi ini dan terjadinya kerosakan dan fitnah kerana merebut kuasa dan mengejar kedudukan. Menurut al-Qari, bahawa �Hanat� adalah kejahatan dan kerosakan yang muncul kemudian (setelah kewafatan Nabi Muhammad sallallahu �alaihi wa-sallam, pent.). Iaitu yang keluar dari sunnah dan jamaah. (Mirqatul Mafatih. 7/258-259) Dan amat jelas, sesiapa yang keluar dari sunnah dan jamaah mereka adalah benar-benar ahli bid�ah.

-------
SURUHAN UNTUK MENTAATI PEMIMPIN DI MANA ANDA BERADA DI BAWAH PENTADBIRANNYA
-------

Dari Ziyad bin Kusaib al-Adawi dia berkata: Aku pernah berada di bawah mimbar Ibnu Amir bersama Abi Bakrah, ketika itu dia berkhutbah dengan mengenakan pakaian yang sangat tipis, dengan sepontan Abu Bilal berkata: Lihatlah penguasa kita memakai pakaian orang fasik. Maka Abu Bakrah berkata: Diamlah engkau! Saya telah mendengar Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda: Barangsiapa menghina penguasa Allah di bumi, nescaya Allah akan menghinakannya� (Hadis Riwayat Tirmidzi)

�Ibnu Abi Asim menyatakan, telah menceritakan kepada kami Hadiyyah bin Abdil Wahab, telah menceritakan kepada kami al-Fadl bin Musa, beliau menceritakan kepada kami dari Husain bin Waqid, dari Qais bin Wahab dari Anas bin Malik dia berkata: Para pembesar (penguasa) kami dari kalangan sahabat Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam telah melarang kami tentang beberapa hal: (1) Jangan kamu mencela (menghina) pemerintah (penguasa). (2) Jangan berbohong dengannya dan (3) Jangan menentangnya tapi bersabarlah, serta takutlah kamu kepada Allah, maka sesungguhnya perkara-Nya itu dekat. (As-Sunnah 2/488. (Sanadnya baik, semua perawinya siqah))

�Dari as-Sahmi berkata: Aku mendatangi Abu Ummah, lantas dia berkata: Janganlah kamu mencela/mengutuk/ menghina al-Hajjaj, kerana dia adalah penguasamu dan bukan penguasaku. (Perkataan beliau: Dia bukan penguasaku, kerana Abu Ummah tinggal di Syam sedangkan al-Hajjaj Gabenor di wilayah Iraq�. (Riwayat Bukhari. (Rujuk: At-Tarikhul Kabir 7/18)

"Akan berlaku selepas peninggalanku nanti para pemimpin yang tidak mengikut petunjukku, tidak mengikut sunnahku dengan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya: Apakah harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta-bendamu" . (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Dari Wail radiallahu 'anhu berkata: Kami bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan mereka meminta hak mereka dari kami? Baginda menjawab: (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka apa yang mereka kerjakan dan atas kamu apa yang kamu kerjakan". (Hadis Riwayat Muslim, 1846)

Dari Abdullah bin Masoud radiallahu �anhu berkata, Rasulullah sallallahu �alaihi wa-sallam bersabda:

�Sesungguhnya akan berlaku selepas peninggalanku sikap pemerintah yang merampas harta kamu dan berbagai-bagai perkara yang kamu ingkari. Para sahabat bertanya: Apakah yang engkau perintahkan pada kami wahai Rasulullah!? Baginda bersabda: Tunaikanlah kewajipan kamu dan berdoalah kepada Allah untuk mendapatkan hakmu�. (Hadis Riwayat Bukhari 13/5 & Muslim 3/1472)

Imam Nawawi berkata tentang hadis di atas ini:

�Dalam hadis ini terdapat suatu perintah supaya mendengar dan taat, walaupun Si penguasa zalim dan kejam. Hak untuk ditaati tetap wajib dijunjung, tidak boleh memberontak kepadanya. Bahkan semestinya tetap bertaqarrub dan berdoa kepada Allah untuk menghilangkan kejahatannya dan menolak keburukannya� . (Lihat: Syarah Muslim 12/232. an-Nawawi)

Ibnu Allan rahimahullah pula berkata:

�Pada hadis ini ada perintah supaya bersabar menghadapi takdir Allah dan redha atas ketetapan yang manis atau yang pahit, serta pasrah terhadap kehendak Allah Subhanahu wa-Ta�ala yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana�. (Lihat: Dalil Ghalihin)

"Ketahuilah! Sesiapa yang diperintah oleh seorang pemimpin kemudian dia mendapati pemimpinnya bermaksiat kepada Allah, maka hendaklah dia membenci kemaksiatannya kepada Allah (yang dikerjakannya) tetapi tidak dihalalkan melepaskan tangan dari mentaatinya (tidak boleh membenci dan tidak boleh memberontak terhadapnya) ". (Hadis Riwayat Muslim)

Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (as-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi, mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid�ah yang sangat serious. Penguasa pada dimasa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut, tetapi para ulama tidak berganjak dengan perinsip-perinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai siksaan. Ramai yang telah dibunuh, antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian sadisnya, namun tidak mendorong para ulama pada era itu untuk keluar dari ketaatan dan tidak melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka). (Lihat: Ad-Durar as-Sunniyah fil Ajwibah an-Najdiyah 7/177-178)

Daripada beberapa hadis yang diutarakan di atas, maka jelaslah bahawa pemimpin, penguasa atau pemerintah wajib ditaati kecuali setelah terbukti ia melakukan kufur yang nyata (kekafiran).

Sunday, April 11, 2010

RENUNGKANLAH....


Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)


Bila dahaga, yang susukan aku....
mak
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
mak
Bila bangun tidur, aku cari....
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....
mak
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak
Aku selalu teringatkan ....
mak
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"makkkkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku....
mak
Yang selalu nasihat aku....
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat.....
mak

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Thursday, February 11, 2010

Ajaran Sesat Azhar bin Wahab

PULAU PINANG 11 Feb. – Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) hari ini mengesan kegiatan ajaran sesat yang dikenali sebagai ajaran Azhar bin Wahab mula berkembang ke negeri ini dengan berselindung di sebalik pelbagai perniagaan termasuk membuka pusat refleksologi di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad berkata, jabatannya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa kumpulan itu membuka sebuah pusat refleksologi yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Cinta.

Katanya, dalam proses rawatan mengurut itu, tukang urut yang juga dipercayai ahli kumpulan ajaran sesat itu akan membaca mentera tertentu dan menyebut: “Ya Allah dengan barkat dan karamah guruku Tuan Azhar, sembuhkanlah penyakit...”.

“Kita dapati ajaran mereka mula berkembang dan bergerak secara sulit kerana apabila disoal siasat, pekerja di pusat urut itu tidak mengaku bahawa mereka adalah ahli kumpulan ajaran Azhar bin Wahab,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, Azhar yang menggunakan gelaran sebagai Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab, Presiden Persatuan Kerabat Raja Sakti Kedah, turut menggunakan kanak-kanak berusia antara 8 dan 11 tahun untuk mengutip derma di pusat membeli-belah untuk menjana pendapatannya.

Ghazali berkata, siasatan yang dijalankan oleh jabatannya mendapati kanak-kanak itu meminta derma daripada orang awam kononnya untuk pembinaan sebuah pusat tahfiz di Yan, Kedah dan penderma akan dihadiahkan cakera padat lagu dakwah.

“Cakera padat lagu dakwah kotemporari itu adalah nyanyian S.M. Amin dan Sharly dan kita sedang menyiasat apakah kaitan antara lagu-lagu itu dengan kegiatan ajaran sesat kumpulan berkenaan,” kata beliau.

Katanya, antara percanggahan akidah yang terdapat dalam ajaran Azhar bin Wahab ialah beliau mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah, mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan serta mendakwa didampingi oleh ‘Pak Syeikh’ atau wali Allah.

Azhar yang berasal dari Kulim Kedah, pernah mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara dan setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai.

Beliau juga mendakwa mempunyai bala tentera dan pesawat ghaib, mempunyai masjid jin Gunung Jerai di samping mengaku selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubung di Sarawak.

Ghazali berkata, selain itu, Azhar juga dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan sembahyang jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir.

Beliau berkata, orang ramai tidak seharusnya terpengaruh dengan dakwah Azhar kerana dia sebenarnya tidak mempunyai kelulusan agama dan hanya tamat tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Padang Serai, Kedah.

Azhar pernah bekerja sebagai pemandu dengan Bank Simpanan Nasional di Kuala Lumpur sebelum beliau menyertai kumpulan Al Arqam dan kemudiannya menyertai kumpulan Al Mansur.

Katanya, JHEAPP sedang mengesan Azhar dan ahli-ahli kumpulan ajaran terbabit dan mereka yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan kumpulan itu diminta menghubungi jabatannya menerusi talian 04-2637200.

Thursday, January 28, 2010

Dr. Musdah Dapat Anugerah Barat kerana Halalkan Lesbian dan Gay


MusdahMulia

Barat nampaknya terus-menerus memberikan pengiktirafan tinggi kepada individu-individu yang memalukan Islam. Kalau sebelum ini mereka menjadikan Salman Rushdie (novelis The Satanic Verses), Aayan Hirsi Ali, wanita Islam Somalia yang telah murtad dan kini berlindung di Belanda serta Talisma Nasrin, penulis Bangladesh yang sedang bermastautin di Amerika Syarikat sebagai wira, kini mereka memberikan pengiktirafan pula kepada seorang lagi individu serupa.

Wirawati baru mereka itu ialah Profesor Dr. Siti Musdah Mulia, seorang pendukung liberal femenisme yang menyokong lesbian, gay serta homoseksual.
Pengiktirafan itu diterima oleh Dr. Siti Musdah pada 26 November lalu dari II Premio Internazionale La Donna Dell' Anno Year 2009 (Anugerah Antarabangsa Wanita 2009), yang diadakan di Saint Vincent, Itali.

Musdah Womenof the year
Prof. Dr. Siti Musdah Mulia sebagai Women of the Year 2009 pada Il Premio Internazionale La Donna Dell `Anno (International Prize for the Woman of the Year) 2009 di Saint-Vincent, Italia.

Dr. Siti Musdah menewaskan dua orang finalis lain, iaitu Aicha Ech Channa dari Maghribi dan Mary Akrami, Afghanistan. Majlis penganugerahan tersebut dihadiri oleh 200 orang tetamu dan wartawan, manakala pihak Kedutaan Besar Indonesia di Rom diwakili oleh Wakil Presiden, Yuwono Agus Putranto.

Untuk rekod, Anugerah Antarabangsa Wanita 2009 itu dibentuk pada 1998 oleh Majlis Serantau Aosta Valley dengan kerjasama Kementerian Luar Itali, Aosta Valley dan Soroptimist International Club Valle d'Aosta. Penghargaan itu turut mendapat pengiktirafan Presiden Itali.

Ketiga-tiga finalis pula dipilih melalui saringan yang ketat daripada 36 orang calon dari 27 buah negara. Semua mereka adalah wanita dan dianggap telah memberikan sumbangan besar kepada wanita di negara masing-masing.

Aicha Ech Channa adalah pengasas Solidarite Femanine (SF) yang ditubuhkan pada 2002 untuk membantu ibu-ibu tunggal di Maghribi. Mary Akrami pula menjalankan pelbagai kegiatan amal untuk mewujudkan pusat-pusat perlindungan membantu wanita Afghanistan mendapatkan pelajaran, kemahiran serta kebolehan membuat keputusan.

Musdah IRI
Dr Musdah Mulia menghuraikan strategi menguasai pilihanraya Indonesia anjuran IRI (International Republican Institute), sebuah yayasan demokrasi, Amerika Syarikat.

Jadi, mengapa Dr. Siti Musdah, 51, dipilih sebagai pemenang, bukannya Aicha atau Mary? Inilah persoalannya. Secara ringkasnya, Dr. Siti Musdah merupakan seorang kaunselor dan penulis keagamaan yang terkenal di Indonesia. Beliau juga merupakan Ketua Lembaga Agama dan Gender serta pernah menjadi Ahli Peneliti Utama Syarahan Keagamaan, Badan Penelitian dan Pengembangan Agama, Indonesia.

Selain itu, Dr. Siti Musdah adalah pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta, juga Profesor Penyelidik di Institut Kajian Sains Indonesia sejak 2003.

Seperti yang dinyatakan di atas tadi, faktor utama yang sering kali diberikan perhatian oleh Barat untuk memilih pemenang adalah keberanian seseorang itu menentang aliran pemikiran umum serta tradisi. Tetapi, dalam konteks ini, apa yang dipertikaikan ialah, perkara yang ditentang oleh Dr. Siti Musdah adalah juga, antaranya sudah termaktub di dalam al-Quran dan hadis serta disepakati oleh jumhur ulama.

Antaranya, pada 2004 Dr. Musdah telah mengetuai perbincangan Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam yang kemudiannya mengeluarkan Counter Legal Draf - Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) dengan membuat resolusi bahawa:

* Poligami tidak sah dan mesti dinyatakan batal secara undang-undang.

* Perkahwinan yang berbeza agama, termasuk antara Muslimah dan bukan Islam mesti dikira sah.

* Masa 'iddah bukan hanya untuk wanita sahaja, tapi juga untuk laki-laki. Masa 'iddah laki-laki adalah 130 hari.

* Isteri juga boleh menjatuhkan talak.

* Bahagian warisan anak laki-laki dan anak perempuan adalah sama.

Ekoran itu Majlis Ulama Indonesia (MUI) dengan tegas menyelar draf ini sebagai bidaah (penyimpangan) dan taghyir (perubahan) dari hukum Islam. MUI juga menganggap CLD-KHI sebagai tindakan memanipulasi nas-nas al-Quran.

Tindakan Dr. Musdah dan gagasan CLD-KHI itu juga membuatkan Menteri Agama Indonesia ketika itu, Prof. Dr. H. Said Agiel Al Munawar mengecam Tim Penulis Pembaruan Hukum Islam itu agar tidak lagi mengadakan seminar atau kegiatan serupa atas nama Tim Departemen Agama. Beliau juga mengarahkan semua draf CLD-KHI diserahkan kepada Menteri Agama RI.

Tidak habis di situ, Menteri Agama Republik Indonesia yang baru, Maftuh Basyuni kemudiannya segara membatalkan CLD-KHI pada 14 Februari 2005. Dr. Siti Musdah pula sebagai Ketua Tim Penyusun CLD-KHI dilarang menyebarluaskan idea tersebut.

MusdahIrshadManji
Musdah Mulia bersama Irshad Manji, seorang penulis Kanada yang mengkritik Islam yang beridolakan Salman Rushdie


Berhentikah Dr. Musdah? Tentu saja tidak. Beliau bersama kawan-kawannya dengan dibantu oleh The Asia Foundation, sebuah dana tajaan Amerika Syarikat (AS) yang sering mendukung gagasan liberalisme, terus menghebahkan idea liberalnya itu. Malah, Dr. musdah kemudian muncul bersama para penulis buku Fiqh Lintas Agama yang membawa idea bercanggah dengan kesepakatan jumhur ulama.

Pada September 2009, Dr. Siti Musdah muncul lagi sebagai salah seorang tokoh di Indonesia yang menyatakan sokongan supaya pelakon filem lucah Jepun, Maria Ozawa diberikan kebenaran masuk ke Indonesia bagi menjalani penggambaran sebuah filem berjudul Menculik Miyabi.

Bagaimanapun, klimaks kepada pendirian liberal Dr. Musdah ialah apabila beliau mahu dihalalkan sesuatu yang sudah terang dan jelas diharamkan oleh Islam, iaitu homoseksual serta aktiviti lesbian dan gay.

Keberanian Dr. Siti Musdah ini antara lainnya telah beliau nyatakan dalam sebuah perbincangan dengan aktivis-aktivis Islam Liberal Indonesia pada 31 Mac yang lalu di Jakarta. selesai perbincangan itu, Dr. Musdah sebagai ketuanya tampil dengan resolusi yang sangat mengejutkan iaitu: "Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan oleh Tuhan, oleh itu ia dibolehkan dalam agama."

Musdah mulia1
Musdah Mulia bersama Paula Dobriansky, Timbalan Setiausaha Negara, Amerika Syarikat. Ketika itu dia mendapat anugerah 'Internationa Women of Courage Award' dari Jabatan Negara, USA.
Musdah_mulia-WM-1b
Musdah Mulia bersama Condoleeza Rice, (ketika itu) Setiausaha Negara Amerika Syarikat


Pengharaman homoseksualiti, dakwa Dr. Musdah, sebenarnya dilakukan oleh ulama-ulama yang berfikiran sempit. Sedangkan, tegas beliau, tiada perbezaan antara lesbian dan bukan lesbian kerana orang yang dipandang mulia oleh Allah adalah yang bertakwa.

"Bercakap tentang takwa, hanya Allah yang layak menghakiminya. Intipati ajaran Islam ialah memanusiakan manusia, hormat menghormati dan menjaga maruah mereka," tegas beliau.

Pandangan Dr. Musdah ini disokong oleh Pengarang Urusan majalah Mata Air, Soffa Ihsan. Soffa turut bersetuju homoseks, gay dan lesbian boleh diamalkan dengan alasan kepelbagaian dan kesamarataan, termasuk dalam soal seks. Untuk itu, kata Soffa, ijtihad baru mesti dilakukan supaya masyarakat tidak beku dalam pemikiran lapuk.

Anehnya, seorang wakil dari Nahdatul Ulama (NU), Nurofiah yang turut menyertai perbincangan itu juga menyatakan sokongannya kepada Dr. Musdah dan homoseksual. Ahli NU itu berhujah, homoseksual diharamkan hanya kerana ia dibantah oleh majoriti anggota masyarakat, bukannya oleh agama.

Seorang lagi peserta perbincangan tersebut pula mengatakan, atas dasar kepelbagaian itu tadi, Indonesia sendiri sebenarnya menerima homoseksualiti. Sebagai contoh, masyarakat Bissu di Makassar bukan setakat menerima homoseksual, malah meletakkan orang itu di tempat yang tinggi. Masyarakat Penorogo juga dikatakannya mengamalkan homoseksual.

Bagaimanapun, pandangan Dr. Musdah dan sahabat-sahabat liberalnya ini disanggah keras oleh golongan agama di Indonesia, terutamanya Majlis Ulama Indonesia (MUI) dan Hizbut Tahrir Indonesia. Pengerusi MUI, Amir Syarifuddin mengecam dengan berkata, "Ia berdosa. Kami bukan kata orang yang mengamalkan homoseks itu musuh, tetapi kami mahu mereka tahu apa yang mereka buat itu salah di sisi agama."

Pengerusi HIT, Rokhmat pula menggesa mereka yang mengamalkan homoseksual dan yang menyokong perlakuan itu supaya segera bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus.

Nahdatul Ulama Indonesia (NU), sebuah pertubuhan yang dianggotai Dr. Musdah turut menjauhkan diri daripada tokoh femenisme berfikiran liberal itu. Pemimpinnya, Abdullah Syamsul Ariffin menempelak dengan berkata, memang Dr. Musdah ahli NU, namun ideanya itu tidak sejalan dan tidak dipersetujui oleh NU. "Soal pemikiran memang hak setiap orang. Jadi dia memiliki pemikiran seperti itu merupakan hak dia," kata Abdullah.

Melihat kepada kelantangan Dr. Siti Musdah itu, Ketua Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Dr. Adian Husaini pula tanpa ragu-ragu mengatakan wanita itu memang 'berani'. "Dr. Musdah memang sangat berani dalam menyuarakan pendapatnya, meskipun sangat kontroversi dan mengejutkan banyak pihak."

'Berani' yang dimaksudkan oleh Adian bukanlah berani menyatakan kebenaran untuk menghancurkan kebatilan atau kezaliman, tetapi berani mengubah-ubah hukum Islam sambil menganggap dirinya sebagai mujtahid.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pelbagai penghargaan telah diraih oleh Dr. Musdah atas besarnya sumbangan serta keberanian melawan pemikiran tradisi.

Untuk pengetahuan anda, sebelum penghargaan dari Itali ini, Dr. Musdah pernah menerima Anugerah Wanita Gigih Antarabangsa pada 7 Mac 2007, dari kerajaan Amerika Syarikat. Majlis penganugerahan itu dilakukan sendiri oleh Menteri Luar AS ketika itu, Condolezza Rice di pejabat Kementerian Luar AS, Washington DC.

Apa yang menarik, Dr. Musdah memberitahu, dia hanya mempunyai satu hari sahaja untuk menguruskan visa dan terbang ke negara berkenaan, dan semuanya dapat dibereskan dengan mudah.

Dr. Musdah sememangnya seorang yang berani. Jika tidak berani, tidak mungkin sejurus selepas menerima anugerah II Premio Internazionale La Donna dell 'Anno Year 2009, beliau memberitahu sebuah akhbar Itali bahawa, "Aku tidak takut orang-orang yang menghalangi pekerjaan aku."

Sedikit lagi fakta ringkas Dr. Siti Musdah Mulia

Lahir di Bone, Sulawesi Selatan pada 3 Mac 1958. Beliau adalah Pengerusi Persidangan Agama Untuk Keamanan Indonesia sejak 2007, iaitu sebuah NGO yang mempromosi dialog antara agama, pluralisme dan demokrasi bagi tujuan keamanan.

Dr. Musdah juga merupakan Penasihat Kanan kepada Menteri Hal Ehwal Agama (1999-2007) dan melalui institusi itu, serta atas kapasitinya sebagai Kordinator Pasukan Pemerdanaan Gender, pada 2004 beliau melancarkan The Counter Legal Draf-Kompilasi Hukum Islam (CLD-KHI) yang mencetuskan kontroversi itu.

Selain itu, Dr. Musdah adalah Ketua Bahagian Penyelidik Majlis Ulama Indonesia (MUI) mulai 2000-2005 serta fellow pelawat kepada pelbagai universiti. Sehingga kini beliau telah menulis pelbagai buku, antaranya Muslimah Reformis, Islam Mengkritik Poligami serta Islam dan Inspirasi Kesamaan Gender.



Sunday, January 17, 2010

Gerhana matahari separa





JUMAAT lalu, rakyat Malaysia dapat menyaksikan satu lagi tanda kebesaran Allah dalam mengatur perjalanan alam semesta yang maha luas, iaitu fenomena gerhana matahari separa.

Fenomena alam itu berlaku apabila matahari, bulan serta bumi berada dalam satu garisan dan satah yang dinamakan sebagai penjajaran sempurna.

Secara keseluruhannya, fenomena tersebut dilihat menerusi lintasan selebar 300 kilometer (km) yang merentasi Afrika Tengah, Lautan Hindi dan Asia Timur. Di sesetengah kawasan, mereka dapat menyaksikan gerhana matahari anulus iaitu berbentuk cincin disebabkan bulan tidak menutupi matahari sepenuhnya.

Di Malaysia, banyak pihak telah mengadakan program tertentu seperti pencerapan gerhana di beberapa lokasi sesuai, menganjurkan solat sunat kusuf (gerhana matahari) dan khutbah khas sempena kejadian tersebut.

Apa yang pasti, fenomena gerhana sebenarnya mengajak manusia agar sentiasa merenungi kebesaran Ilahi yang berkuasa melakukan sesuatu mengikut kehendak-Nya.

Penentuan Takwim Hijri

Di samping itu, kejadian gerhana juga mempunyai hubung kait dengan penentuan takwim Hijri (Hijrah) atau kalendar Islam.

Menurut Pensyarah Unit Falak dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Darul Iman (UDM), Dr. Baharrudin Zainal, geometri fasa bulan bermula dengan keadaan ijtimak, di mana matahari, bulan dan bumi berada dalam satu garisan.

Sementara gerhana matahari pula berlaku apabila ketika ijtimak, matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah. Dalam keadaan lain ketika ijtimak, bulan tidak berada pada satah yang sama dengan garisan matahari-bulan.

"Oleh itu, ijtimak yang berlaku berpadanan dengan gerhana matahari, membolehkan manusia menyaksikan fenomena yang berangkai ini, iaitu ijtimak dan gerhana matahari.

"Selepas ijtimak, bulan akan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari sekali gus menandakan bermulanya proses pembentukan anak bulan," jelas Dr. Baharrudin dalam satu kiriman e-mel kepada Kosmo! baru-baru ini.

Ujar beliau lagi, ketika fasa bulan purnama pula, bulan berada pada kedudukan paling luar dalam garisannya dengan matahari dan bumi.

Dalam keadaan yang dinamakan sebagai istiqbal, cahaya matahari jatuh sepenuhnya ke permukaan bulan (fasa bulan purnama). Walau bagaimanapun, sekiranya matahari, bulan dan bumi berada pada satu satah ketika ini (istiqbal), gerhana bulan pula akan berlaku.


BAHARRUDIN ZAINAL


"Bahagian gelap pada permukaan bulan yang dilihat dari bumi sebagai formasi gerhana, sebenarnya ialah bayang-bayang bumi. Maka, gerhana matahari berlaku pada akhir bulan Hijri (pada hari ke 29). Sementara gerhana bulan pula berlaku pada malam bulan purnama (sama ada malam ke-14 atau 15)," katanya.

Berdasarkan rekod, pada awal pagi 1 Januari 2010, (bersamaan 15 Muharam), rakyat Malaysia telah dapat menyaksikan fenomena gerhana bulan separa. Manakala pada 15 Januari lalu, (bersamaan 29 Muharam), berlaku pula gerhana matahari.

Mengikut data pergerakan bulan dan matahari pada tarikh tersebut (15 Januari 2010), kemuncak gerhana matahari anulus berlaku pada pukul UT 07.07 (bersamaan jam 3.07 petang waktu Malaysia).

Ketika itu, bulan dan matahari berada segarisan dengan titik bumi di tengah-tengah Lautan Hindi, pada latitud 01° 37' Utara dan longitud 69° 17' Timur, bersamaan waktu tengah hari bagi tempat ini (berdekatan dengan kepulauan Maldives).

Dengan halaju purata pergerakan bulan 13°/hari berbanding matahari pada kadar 1°/hari, bulan memintas ke timur matahari selepas kemuncak gerhana. Semakin jauh bulan berpisah dengan matahari (atau semakin lama mengikut masa), bahagian bulan yang bercahaya mula kelihatan dari Bumi. Bahagian bercahaya dalam bentuk 'jaluran sabit yang halus' disebut anak bulan.


PENGGUNAAN cermin mata khas digalakkan bagi mengelakkan berlakunya masalah kerosakan mata.


"Dalam konteks penyediaan takwim Hijri, anak bulan yang wujud selepas ijtimak hendaklah disabitkan dengan kenampakannya secara fizikal ataupun dinilai mengikut syarat jangkaan kenampakan (imkannur rukyah).

Berdasarkan keputusan cerapan anak bulan yang dilakukan untuk satu tempoh yang lama, ahli-ahli falak dalam pelbagai tamadun telah menerbitkan model bagi syarat kenampakan tersebut dengan kuantiti tertentu.

"Antara kuantiti yang digunakan untuk membuat justifikasi kenampakan anak bulan ialah umur bulan selepas ijtimak, ketinggiannya di atas ufuk, jarak sendeng kedudukannya dengan matahari atau kadar cahayanya," terang Dr. Baharrudin lagi.

Penetapan Awal Safar 1431H

Oleh itu, berdasarkan senario pada 15 Januari 2010 bersamaan 29 Muharam 1431H, bulan terbit kira-kira lapan minit lebih awal berbanding matahari, menunjukkan selisih kedudukan kedua-dua objek itu.

Selepas kemuncak kejadian gerhana (kira-kira jam 4.30 petang), bulan dan matahari mengalami proses pemisahan bagi pembentukan fasa bulan seterusnya. Menjelang waktu Maghrib di Kuala Terengganu pada jam 7.12 petang, bulan didapati telah melepasi hanya satu bulatan cakera matahari sahaja.

Menurut hitungan, bulan ketika itu (iaitu anak bulan Safar 1431H) berada kurang satu minit sahaja di atas ufuk. Anak bulan dalam keadaan ini disifatkan sebagai 'tidak wujud' kerana tidak memenuhi syarat fizikal kenampakannya.

"Justeru, tarikh 16 Januari 2010 bersamaan 30 Muharam dan 1 Safar 1431H jatuh pada hari Ahad, bersamaan 17 Januari 2010," ujarnya sambil memaklumkan bahawa pada petang 30 Muharam (Sabtu malam Ahad), anak bulan Safar berada setinggi 10½° selama hampir 50 minit di atas ufuk.

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa Malaysia akan mengalami dua gerhana anulus pada 21 Mei 2031 dan 14 Oktober 2042.

Tuesday, January 12, 2010

PENGHIJRAHAN ARTIS JADI CONTOH KEPADA MASYARAKAT

TAIPING, 31 Dis – Sambutan Tahun Baru 2010 bertempat di Taman Tasik Taiping telah diadakan dengan jayanya. Dianggarkan 7000 pengunjung memenuhi tapak sambutan tahun baru tersebut Penganjur program pada kali ini, Sukarelawan Muslim Perak (Semarak) telah berjaya membawa elemen-elemen kesyukuran dan keinsafan terutamanya dalam persembahan artis-artis, selingan tazkirah dan ayat al-Quran serta pengedaran risalah.

Dengan membawa konsep hijrah, beberapa artis jemputan telah hadir untuk membuat persembahan pada malam itu. Antaranya ialah juara Akademi Nasyid TV9, saudara Azhan Atan, vokalis-vokalis kumpulan rock tanah air 80’ an dan 90’ an seperti Renggo (Arrow), Ustaz Radzi (Melissa), Mel (Wings), Blank (Gamma) dan Rahmat (Mega). Walaupun suatu masa dahulu vokalis-vokalis ini hanya dikenali dengan imej mereka sebagai sebuah kumpulan rock, namun pada malam tersebut mereka telah menunjukkan suatu qudwah sebagai insan yang mahu berhijrah ke arah yang lebih baik. Unsur-unsur nasihat turut diselitkan dalam setiap bait lirik yang dinyanyikan.

Pada sebelah petangnya, artis-artis jemputan ini telah mengadakan persembahan sebagai “pemanas badan’ di Taiping Sentral. Pada malam tersebut juga turut diadakan pelancaran Sukarelawan Muslim Perak (Semarak) peringkat negeri. Pengerusi Semarak ketika dihubungi berkata wasilah seperti Semarak ini boleh dilihat sebagai pilihan kepada kita untuk lebih mendekati masyarakat dan menanam sifat suka memberi yang sangat dituntut dalam Islam.

Pengarah projek, Ustaz Akmal berkata, “ Alhamdulillah, pada kali ini kita berjaya mengajak generasi muda dan penduduk Taiping untuk menghayati maksud hijrah bersempena kedatangan tahun baru 2010. Ramai yang salah faham mengenai sambutan tahun baru yang biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral. Justeru, kami telah memberikan anjakan paradigma untuk meraikan tahun baru dengan cara yang lebih baik dan diredhai Allah”.

“Ada wanita yang tidak bertudung mula berkunjung ke gerai tudung, ada yang sebak

Tepat jam 12.00 malam, majlis penuh gilang-gemilang tersebut telah diakhiri dengan bacaan doa dan diiringi bacaan selawat beramai-ramai oleh pengunjung yang hadir. Pastinya, sambutan tahun baru seperti ini akan terus menjadi medan dakwah bagi melahirkan generasi yang memahami konsep muhasabah dalam Islam dan seterusnya berhijrah menjadi insan yang lebih baik.








Thursday, November 19, 2009

Doa Yassin Terjemahan Bahasa Melayu


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, pujian yang memenuhi nikmat-nikmat-Nya dan sejajar dengan kurnia tambahan-Nya. Wahai Tuhan kami, kepadaMulah segala pujian sesuai dengan keagungan zat-Mu dan kebesaran kekuasaan-Mu. Ya Allah, cucurkanlah kesejahteraan ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Ya Allah, dengan keberkatan surah Yassin serta Al-Quran yang penuh hikmah dan dengan berkat orang yang Engkau pilih untuk diutuskan risalah, kenabian, kewalian dan hidayah ke jalan-Mu yang lurus, juga keberkatan atas segala yang dibawa oleh Jibril daripada-Mu, iaitu Al-Quran dari Yang Maha Kuasa lagi Maha Penyayang.

Kami pohon keberkatan dengan khasiat huruf-huruf dan nama-nama yang sempurna serta dengan apa yang Engkau zahirkan penciptaan dari ayat-ayat keterangan yang nyata. Dan dengan kehalusan serta kelembutan-Mu yang menenangkan setiap keresahan dan membebaskan setiap yang terpenjara.

Wahai Tuhan yang mengalirkan setiap lautan dan semua mata air. Wahai Tuhan pemilikannya hanya antara huruf kaf dan nun(kun) dan yang mengetahui segala sesuatu yang belum berlaku. Kami pohon pada-Mu Ya Allah agar Engkau kurniakan kepada kami rezeki dengan keredhaan–Mu. Jadikanlah kami dan kurniakanlah tempat kami kebahagiaan dan kekayaan.

Engkau mudahkanlah segala hajat dan permintaan kami. Jadikanlah setiap seorang daripada kami di kalangan hamba-hamba-Mu yang sentiasa memperoleh kejayaan dan kemenangan. Janganlah Engkau jadikan kami golongan yang menagih rezeki dari orang lain. Ikatkanlah lidah orang yang memburuk-burukkan kami. Engkau pandulah kami dengan taufik-Mu. Jadikanlah keredhaan-Mu sebagai teman dan sahabat kami.

Anugerahkanlah kami dengan sifat kemulian dan kehebatan serta perkenankanlah doa kami dengan kadar segera. Ya Allah perkenankanlah doa kami. Jadikanlah harapan kami sebagai realiti dan masukkanlah kami ke dalam benteng anugerah-Mu yang kukuh, dengan rahsia firman-Mu: " Sesungguhnya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu hanyalah dengan Dia berfirman kepada perkara itu, jadilah! Maka ia terus jadi. Maka Maha Sucilah Tuhan yang dengan tangan-Nya kekuasaan memiliki dan menguasai segala sesuatu, dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan".

Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang terperangkap dalam hutang. Maha Suci Tuhan yang melepaskan setiap yang ditimpa dukacita. Maha Suci Tuhan yang pemilikan-Nya hanya antara huruk kaf dan nun. Maha Suci Tuhan apabila Dia menghendaki sesuatu memadai hanya dengan Dia mengatakan "jadi!" maka jadilah ia.

Wahai Tuhan yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, hilangkanlah. Wahai yang menghilangkan dukacita, lenyapkanlah dari kami kesusahan, dukacita dan segala masalah kami. Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri dengan sendiri.

Semoga Allah mencucuri kesejahteraan ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam.

Related Posts with Thumbnails